Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian Jalan Sungai Buloh (Berhadapan Star Avenue) dari arah Lapangan Terbang Subang untuk memberi laluan kepada kerja pelancaran rasuk jambatan.
- Pengguna dan penduduk sekitar Jalan Sungai Buloh dari arah Sungai Buloh di nasihatkan untuk membuat pusingan U di (KFC) sebagai laluan alternatif untuk menghala ke Persiaran Cakerawala dan Subang Bestari.
- Manakala dari arah Lapangan Terbang Subang di nasihatkan untuk menggunakan jalan Lapangan Terbang Subang Lama seterusnya menghala ke Jalan Sungai Buloh sebagai laluan alternatif untuk menghala ke Persiaran Cakerawala dan Subang Bestari. Sila rujuk laluan alternatif yang dilampirkan.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.