Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian jalan di Persimpangan Jalan Tembusu untuk memberi laluan kepada kerja pemasangan talian elektrik lampu jalan.
- Pengguna di Jalan Sungai Buloh dari arah Sungai Buloh perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan Jalan Bukit Badak untuk menghala ke Jalan Tembusu.
- Pengguna di Jalan Sungai Buloh dari arah Shah Alam perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan Surau Wildan untuk menghala ke Jalan Merbau.
- Pengguna dari arah Jalan Tembusu perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan Surau Wildan untuk menghala ke arah Jalan Merbau/Shah Alam.
- Pengguna dari arah Jalan Merbau perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan Jalan Bukit Badak untuk menghala ke arah Jalan Tembusu/Sungai Buloh.
- Pusingan ‘U’ di Persimpangan Jalan Bukit Badak & di Surau Wildan adalah untuk kenderaan ringan sahaja. Manakala untuk kenderaan berat perlu membuat pusingan ‘U’ di hadapan Wisma Johawaki & Persimpangan Persiaran Kosmos.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.