Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara persimpangan Jalan Bukit Badak untuk memberi laluan kepada kerja pemasangan kabel lampu jalan.
- Pengguna di Jalan Sungai Buloh dari arah Sungai Buloh perlu membuat pusingan ‘U’ di hadapan Wisma Johawaki untuk menghala ke Jalan PKNS.
- Pengguna di Jalan Sungai Buloh dari arah Shah Alam perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan Jalan Tembusu untuk menghala ke Jalan Bukit Badak.
- Pengguna dari arah Jalan PKNS perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan Jalan Tembusu untuk menghala ke arah Jalan Bukit Badak/Shah Alam.
- Pengguna dari arah Jalan Bukit Badak perlu membuat pusingan ‘U’ di hadapan Wisma Johawaki untuk menghala ke arah Jalan PKNS/Sungai Buloh.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.