Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian Jalan PJU 8/1 (kawasan lampu isyarat) untuk memberi laluan kepada aktiviti penurapan jalan.
- Pengguna dari arah LDP yang menghala ke Damansara Perdana perlu menggunakan laluan alternatif di Mutiara Damansara dengan menggunakan Jalan PJU 7/9, kemudian Jalan PJU 7/1 dan seterusnya ke Jalan PJU 8/1.
- Pengguna dari arah LDP yang ingin menghala ke Jalan PJU 8/8 perlu menggunakan laluan alternatif di Mutiara Damansara dengan menggunakan Jalan PJU 7/9, kemudian Jalan PJU 7/1 seterunya ke Jalan PJU 8/1 dan perlu membuat pusingan di hadapan Jaya Grocer.
- Pengguna dari arah Jalan PJU 8/1 yang ingin menghala ke arah Kepong, Bandar Utama dan Penchala Link perlu membuat pusingan ‘U’ di Jalan PJU 8/8.
- Pengguna dari arah Jalan PJU 8/1 yang ingin menghala ke arah Mutiara Damansara perlu membuat pusingan ‘U’ di Jalan PJU 8/8 kemudian masuk semula ke Jalan PJU 8/1 seterusnya perlu membuat pusingan ‘U’ di Lampu Isyarat yang menghala ke arah LDP.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.