Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian jalan dari 3 lorong kepada 2 lorong di kedua – dua arah Jalan Sungai Buloh berhadapan stesen minyak Caltex untuk memberi laluan kepada aktiviti kajian trafik.
- Laluan alternatif juga disediakan (seperti di dalam lampiran) jika berlaku kesesakan luar biasa dan juga sebarang insiden kecemasan. Pengguna dinasihatkan untuk merujuk laluan alternatif yang telah dilampirkan.
- Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif seperti yang dilampirkan.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan yang dialami dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.