Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian Jalan PJU 7/9 arah Penchala Link untuk memberi laluan kepada kerja membaiki jalan akibat kesan dari limpahan air dari tangki simpanan pihak berwajib pada 30 Januari 2021 tempoh hari.
- Pada 2 Februari 2021 kerja – kerja penurapan telah siap dilakukan tetapi pada hari ini terdapat mendapan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.
- Penutupan 2 minggu ini adalah untuk memberi lalulan kepada kontraktor untuk menjalankan siasatan mendapan dan seterusnya melakukan kerja – kerja membaiki jalan.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.