Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian Jalan Sungai Buloh (Persimpangan Persiaran Kosmos & Persimpangan Berhadapan Star Avenue) untuk memberi laluan kepada aktiviti pembinaan.
- Pengguna di Jalan Sungai Buloh dari arah Sungai Buloh di nasihatkan untuk membuat pusingan ‘U’ di Persiaran Galaksi untuk menghala ke Persiaran Kosmos & Persiaran Cakerawala.
- Pengguna di Jalan Sungai Buloh dari arah Shah Alam pula perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan Kwasa untuk menghala ke Lapangan Terbang Subang.
- Pengguna dari arah Lapangan Terbang Subang di nasihatkan untuk menggunakan jalan Lapangan Terbang Subang Lama seterusnya menghala ke Jalan Sungai Buloh sebagai laluan alternatif untuk menghala ke Persiaran Kosmos & Persiaran Cakerawala.
- Pengguna dari Persiaran Kosmos perlu membuat pusingan ‘U’ di persimpangan Kwasa untuk menghala ke arah Shah Alam.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.