Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana dari arah Armanee Terrace menghala ke lampu isyarat Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana untuk memberi laluan kepada kerja penurapan jalan.
- Penutupan sementara ini akan dilakukan secara berperingkat dari satu lorong ke satu lorong. Walaubagaimanapun kenderaan masih lagi boleh melalui kawasan tersebut dengan bantuan pengawal lalulintas.
- Aktiviti ini akan mengakibatkan gangguan bunyi dari jentera. Walaubagaimanapun, kami akan cuba mengawal gangguan tersebut demi menjaga keselesaan penduduk.
- Aktiviti ini perlu dilakukan pada waktu malam kerana jumlah trafik adalah kurang berbanding pada waktu siang yang boleh mengakibatkan kesesakan di luar jangka. Ini juga salah satu langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.