Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian Jalan Sungai Buloh arah Sungai Buloh & Persiaran Cakerawala serta pengaktifan laluan kontra di Jalan Sungai Buloh (berhampiran Star Avenue) untuk memberi laluan kepada aktiviti penurapan jalan.
- Pengguna dari arah Jalan Lapangan Terbang Subang perlu menggunakan Jalan Sungai Buloh arah Shah Alam kemudian membuat pusingan ‘U’ di Persiaran Kosmos untuk menghala ke arah Sungai Buloh.
- Pengguna dari arah Persiaran Cakrewala perlu menggunakan Jalan Zuhal dan seterusnya ke Persiaran Kosmos untuk menghala ke Jalan Sungai Buloh.
- Pengguna dari arah Sungai Buloh perlu menggunakan Persiaran Kosmos seterusnya ke Persiaran Angkasa untuk menghala ke Persiaran Cakerawala.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.