Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian Jalan Sungai Buloh (Persimpangan Star Avenue) untuk memberi laluan kepada aktiviti penurapan jalan.
- Pengguna dari arah Shah Alam perlu membuat pusingan ‘U’ di lampu isyarat Kwasa Damansara untuk menghala ke Jalan Lapangan Terbang Subang.
- Pengguna dari arah Jalan Lapangan Terbang Subang perlu menggunakan Jalan Dinar U3/1 seterusnya membuat pusingan ‘U’ di Persiaran Kosmos (KFC) untuk menghala ke arah Subang Bestari/Sungai Buloh.
- Pengguna dari arah Sungai Buloh perlu menggunakan Jalan Dinar U3/1 untuk menghala ke arah Lapangan Terbang Subang.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.