Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Untuk makluman, aktiviti pengaktifan pelan pengurusan trafik sebahagian jalan di Persiaran Mokhtar Dahari bagi kerja-kerja pemansuhan Bulatan Puncak Perdana dari sistem bulatan kepada sistem laluan bebas dijalankan secara berperingkat.
- Pengguna dari arah Shah Alam dan Bandar Nusa Rhu perlu menggunakan pusingan U yang berhadapan dengan UiTM Puncak Perdana untuk ke Persiaran Pulau Angsa.
- Manakala pengguna dari arah Alam Budiman/Puncak Alam dan Persiaran Pulau Angsa perlu menggunakan pusingan U yang berhampiran dengan Cahaya SPK untuk ke Bandar Nusa Rhu.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan yang dialami dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.