Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian jalan & pengaktifan laluan kontra di Jalan Sungai Buloh untuk memberi laluan kepada kerja pelancaran rasuk jambatan.
- Pengguna dan penduduk sekitar dari Jalan Sungai Buloh dinasihatkan untuk menggunakan Persiaran Kosmos (KFC) seterusnya ke Persiaran Angkasa serta Persiaran Cakerawala sebagai laluan alternatif ke Subang Bestari. Sila rujuk laluan alternatif yang dilampirkan.
- Manakala untuk pegguna dan penduduk dari Subang Bestari dinasihatkan untuk menggunakan Persiaran Angkasa dan Persiaran Kosmos (KFC) sebagai laluan alternatif ke arah Shah Alam dan Sungai Buloh. Sila rujuk laluan alternatif yang dilampirkan.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.