Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian Jalan Sungai Buloh (Berhadapan Star Avenue) untuk memberi laluan kepada kerja pemasangan kabel lampu isyarat.
- Pengguna dari arah Sungai Buloh perlu membuat pusingan ‘U’ di Persimpangan Kosmos untuk menghala ke Persiaran Persiaran Cakerawala.
- Pengguna dari arah Subang Airport perlu membuat pusingan ‘U’ di Persimpangan Kosmos untuk menghala ke Persiaran Persiaran Cakerawala dan Sungai Buloh.
- Pengguna dari arah Shah Alam perlu membuat pusingan ‘U’ di Persimpangan Kwasa Damansara untuk menghala ke Subang Airport.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.