Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian Jalan Sungai Buloh arah Shah Alam (berhampiran Star Avenue) untuk memberi laluan kepada aktiviti pemasangan paip saluran hujan & pengalihan kabel.
- Pengguna dari arah Sungai Buloh perlu membuat pusingan ‘U’ di Jalan Lapangan Terbang Subang untuk menghala ke arah Shah Alam.
- Pengguna dari arah Sungai Buloh perlu membuat pusingan ‘U’ di Jalan Lapangan Terbang Subang untuk menghala ke arah Shah Alam. Kemudian pengguna perlu membuat pusingan ‘U’ di Persiaran Kosmos dan menggunakan Jalan Zuhal U5/178 untuk menghala ke Persiaran Cakerawala.
- Pengguna dari arah Shah Alam pula perlu menggunakan Jalan Zuhal U5/178 untuk menghala ke Persiaran Cakerawala dan Sungai Buloh.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.