Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara sebahagian Jalan PJU 8/1 (berhampiran lampu isyarat Jalan PJU 8/1) untuk memberi laluan kepada kerja pembinaan sistem perparitan.
- Aktiviti ini akan mengakibatkan sedikit gangguan bunyi dari jentera ketika melakukan kerja-kerja pengorekan jalan. Walaubagaimanapun, kami akan sedaya upaya mengawal gangguan tersebut demi menjaga keselesaan penduduk.
- Aktiviti ini perlu dilakukan pada waktu malam kerana perlu ada penutupan jalan dan keadaan trafik berkurangan berbanding pada waktu siang yang boleh mengakibatkan kesesakan di luar jangka. Ini juga salah satu langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.
- Pengguna dari arah Lebuhraya LDP menghala ke Armanee Terrace akan di lencongkan ke Jalan PJU 7/1 serta pelu membuat pusiangan U di Jalan PJU 7/1.
- Pengguna dari arah Armanee Terrace menghala ke Lebuhraya LDP akan di lencongkan ke Jalan PJU 8/8 serta pelu membuat pusiangan U di Jalan PJU 8/8.
- Pengguna dari arah Jalan PJU 7/1 menghala ke Lebuhraya LDP akan di lencongkan ke Jalan PJU 8/1 serta pelu membuat pusingan U berhadapan Jaya Grocer.
- Pengguna akan di lencongkan ke Jalan PJU 8/3A, seterusnya ke Jalan PJU 8/2 untuk menghala ke arah Armanee Terrace.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan dan peralatan pembinaan terkawal.
- Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi had kelajuan serta arahan petugas dan berhati-hati memandu di kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.