Jadual & Maklumat:
Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd akan menjalankan aktiviti pembinaan yang dijadualkan seperti berikut:
Jangkaan Aktiviti:
- Penutupan sementara di kedua-dua arah KM19.65-KM19.80 Lebuhraya NKVE adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan.
- Pengguna Lebuhraya NKVE dari arah Klang akan diarahkan melalui susur keluar ke Kota Damansara seterusnya membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Kota Damansara untuk menghala ke arah Kuala Lumpur. Sila rujuk peta laluan yang disediakan.
- Pengguna Lebuhraya NKVE dari arah Kuala Lumpur akan diarahkan melalui susur keluar ke Kota Damansara seterusnya membuat pusingan U sebelum Plaza Tol Kota Damansara untuk menghala ke arah Klang. Sila rujuk peta laluan yang disediakan.
- Pengguna Lebuhraya NKVE dinasihatkan untuk merancang perjalanan bagi mengelakkan kebarangkalian kesesakan trafik yang tinggi.
- Pengguna di Lebuhraya NKVE dari arah Klang juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif ke Lebuhraya GCE dengan melalui susur keluar ke Shah Alam, Kuala Selangor dan Tanjung Malim untuk menghala ke Utara bagi mengelakkan sebarang kelewatan perjalanan anda.
- Pengguna di Lebuhraya PLUS dari arah Utara juga dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif ke Lebuhraya Latar dan Lebuhraya GCE dengan melalui susur keluar ke Shah Alam, Klang dan KLIA untuk menghala ke Klang bagi mengelakkan sebarang kelewatan perjalanan anda.
- Pengawal trafik dan papan tanda amaran keselamatan akan diletakkan di beberapa kawasan yang terlibat bagi memastikan pergerakan kenderaan terkawal. Sila patuhi had kelajuan yang disarankan serta arahan pengawal trafik dan berhati-hati memandu di dalam kawasan pembinaan.
Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua pihak adalah diharapkan.